Putera al Waleed Talal



Majalah Forbes yang tersohor dengan senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun 2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar 'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time

Putera al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej Menlo, California . Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi. Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk membuat keuntungan.

Ini termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.

Kejayaan perniagaannya boleh dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.

Putera al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20 juta [4] kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.

Meskipun Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud'. Hal ini dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan. Akhir-akhir ini beliau dilihat begitu aktif dalam kegiatan politik Lubnan (melalui kewarganegaraan ibunya, Mona Elsoulh, anak Perdana Menteri pertama Lubnan). Beliau merupakan orang kuat Presiden Emile Lahoud. Namun usahanya untuk menjadi ketua komuniti Sunni Lubnan masih tidak menampakkan kejayaan.


Google






Google, Inc. merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.

Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol, yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet.” 

Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.

Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan sensor.

Google bermula pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford di California. Page dan Brin pada asalnya mengelar enjin gelintar baru mereka "BackRub", kerana sistem memeriksa pautan balik bagi menilai kepentingan sesuatu tapak. Akhirnya, mereka menukar nama kepada Google, berasal dari salah ejaan bagi perkataan "googol", nombor satu diikuti dengan seratus sifar, yang dipilih bagi melambangkan bahawa enjin gelintar ingin memberikan sejumlah besar maklumat bagi penggunannya. Pada asalnya, Google berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu

Nama domain bagi Google didaftar pada 15 September 1997, dan syarikat didaftar pada 4 September 1998. Ia bertempat di garaj kawan (Susan Wojcicki) di Menlo Park, California. Craig Silverstein, rakan pelajar PhD di Stanford, digaji sebagai pekerja pertama. 

Investasi awal yang diperoleh untuk perusahaan baru ini bernilai hampir $ 1,1 juta, termasuk cek senilai $ 100.000 dari Andy Bechtolsheim, salah seorang pengasas Sun Microsystems. Pada bulan Mac 1999, syarikat ini memindahkan pejabatnya ke Palo Alto, rumah bagi beberapa direkodkan Silicon Valley startups teknologi. Selepas membangun dengan cepat mengatasi dua website lainya, perusahaan ini menyewa sebuah komplek bangunan di Mountain View di 1600 Amphitheatre Parkway dari Silicon Graphics (SGI) pada tahun 2003. Syarikat ini telah tetap di lokasi ini sejak itu, dan komplek ini mulai dikenali sebagai Googleplex (plesetan dari kata Googolplex). Pada tahun 2006, Google membeli properti dari SGI sebesar $ 319 juta.

YouTube




YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.

Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.

Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya. 

Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.] Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan,  dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom

Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini. 

Pada November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGM, Lions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube, asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain seperti Hulu, yang memaparkan bahan-bahan terbitan NBC, Fox, dan Disney.

Kumpulan Genting

Kumpulan Genting (Genting Group) ialah sebuah perbadanan multinasional yang terkenal di Malaysia. Ia terdiri daripada Genting Berhad dan syarikat subsidiarinya. Kumpulan ini merupakan syarikat utama yang bertanggungjawab membangunkan Genting Highlands.

Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Kini, anak Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.


Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.

Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

Genting Highlands menerima banyak anugerah. Anugerah-anugerah tersebut termasuk:
  • World's Leading Casino Resort, World Travel Awards 2007
  • Best Resort, TTG Travel Awards 2007
  • The BrandLaureate Awards, The Best Brands In Leisure And Hospitality 2006 - 2007
  • Top 5 Most Valuable Brands, Malaysia's Most Valuable Brands 2007
  • The World's Largest Hotel, Guinness World Records 2006

Lim Goh Tong



Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands

Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.

Seramai 20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong Jaya dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial Park, Genting Highlands pada 29 Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar berkata Taman Tema dan Kasino ditutup pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.