Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.
Kini, anak Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.
Genting
Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan
satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di
Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini
dikendali oleh Kumpulan
Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel
yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel,
Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World
Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar
di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand
Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan
6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf,
pusat beli-belah, simulator terjun langit,
dewan konsert
dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100
juta tahun.
Terdapat
juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira
secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam
keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel
dan Resorts Hotel.
Genting
Highlands menerima banyak anugerah. Anugerah-anugerah tersebut termasuk:
- World's Leading Casino Resort, World Travel Awards 2007
- Best Resort, TTG Travel Awards 2007
- The BrandLaureate Awards, The Best Brands In Leisure And Hospitality 2006 - 2007
- Top 5 Most Valuable Brands, Malaysia's Most Valuable Brands 2007
- The World's Largest Hotel, Guinness World Records 2006
No comments:
Post a Comment