Majalah Forbes yang tersohor dengan
senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al
Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu
ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun
2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar
'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time.
Putera
al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej
Menlo, California .
Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan
antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi.
Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama
dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas
syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al
Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang
dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk
membuat keuntungan.
Ini
termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan
pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah
besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News
Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki
beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New
York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.
Kejayaan perniagaannya boleh
dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap
dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu
lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal
dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam
perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya
dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham
syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan
pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.
Putera
al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui
aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia
dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20
juta [4]
kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.
Meskipun
Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed
tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud'. Hal ini
dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan. Akhir-akhir
ini beliau dilihat begitu aktif dalam kegiatan politik Lubnan (melalui
kewarganegaraan ibunya, Mona Elsoulh, anak Perdana Menteri pertama Lubnan).
Beliau merupakan orang kuat Presiden Emile Lahoud. Namun usahanya untuk menjadi
ketua komuniti Sunni Lubnan masih tidak menampakkan kejayaan.

No comments:
Post a Comment