George Soros lahir Ogos 12, 1930, di Budapest, Hungary dengan nama György Schwartz. Kini beliau menjadi warga Amerika Syarikat. Soros merupakan spekulator mata wang yang terkenal , pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi, dan aktivis politik.
Majalah antarabangsa Forbes menyenaraikan Soros sebagai jutawan terkaya ke-29 di dunia, dengan nilai harta $11.0 bilion. Soros sudah menderma $6 bilion untuk pelbagai tujuan sejak 1979.
Soros merupakan pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute. Beliau juga merupakan bekas lembaga pengarah Majlis Hubungan Luar Negeri. Dua juga menjadi membiayai Georgia Rose Revolution dengan tujuan agar mendapat kemerdekaan dari Russia.
George Soros merupakan anak lelaki Esperantist penulis Tivadar Soros. Tivadar adalah seorang Yahudi warga Hungary.Tivadar pernah menjadi tawanan perang semasa Perang Dunia I dan terpaksa melarikan diri ke Budapest
Keluarga itu mengubah nama daripada Schwartz kepada Soros pada 1936 akibat anti-Yahudi dan Fasisme. Tivadar menyukai nama baru itu kerana ia palindrom dan kerana ia mempunyai satu makna yang lain.
George Soros sudah berkahwin dan bercerai dua kali. Mula-mula berkahwin dengan Annaliese Witschak kemudian Susan Weber Soros. Dia lima orang anak: Robert, Andrea, Jonathan (dengan isteri tuanya, Annaliese); Alexander, Gregory (dengan madunya, Susan). Abangnya,Paul Soros, adalah pelabur swasta dan ahli filantropi merupakan jurutera dan mengetuai Soros Associates di New York. .
No comments:
Post a Comment