Ferrari S.p.A. ialah kereta sport Itali yang dihasilkan di Maranello, Itali. Ferrari diasaskan Enzo
Ferrari pada 1929, sebagai Scuderia
Ferrari, syarikat ini menaja pemandu
kereta dan pengilang kereta lumba sebelum berpindah kepada penghasilan
kenderaan jalanan yang sah sebagai Ferrari S.p.A. pada 1947.Sepanjang
sejarahnya, syarikat ini telah terkenal dengan penyertaan berterusan dalam
perlumbaan, terutamanya dalam Formula
Satu, di mana ia telah mencapai
kejayaan besar.Kereta Ferrari umumnya dilihat sebagai satu simbol kemewahan dan
kekayaa
Sejarah
Enzo Ferrari
pada mulanya tidak berminat dalam idea penghasilan kenderaan jalanan semasa
beliau membentuk Scuderia Ferrari pada 1928. Scuderia Ferrari
ditubuhkan unyuk menaja pemandu amatur dan beribu pejabat di Modena.
Kereta
jalanan Ferrari pertama adalah 1947 125 S, dikuasakan oleh enjin 1.5 L V12.Enzo
Ferrari dengan berat hati membina dan menjual kereta beliau untuk membiayai
Scuderia Ferrari.Pada tahun 1988, sebelum meninggal dunia Enzo Ferrari telah
melihat perlancaran F40 Ferrari,boleh dikatakan salah satu daripada supercars
paling terkenal yang pernah dibuat.Dari 2002 hingga 2004, Ferrari
memperkenalkan Enzo. Enzo adalah model Ferrari terpantas pada masa itu dan
dinamakan Enzo sebagai penghormatan kepada pengasasnya, Enzo Ferrari.Ia
pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan setia dan berulang, setiap dari
sejumlah 399 yang dibuat (tolak 400 yang telah didermakan kepada Vatican untuk
kebajikan) mempunyai tag harga $ 650.000 seunit.
No comments:
Post a Comment