TERBARU...Samsung Galaxy Note II memiliki skrin lebih besar di samping rekaan baru S Pen yang lebih tebal.
Samsung Electronics Co Ltd (Samsung Electronics) memperkemaskan lagi
kedudukannya dalam dunia digital apabila memperkenalkan Galaxy Note II
generasi baru dengan memperkasakan penggunaan S Pen, dalam majlis
Samsung Mobile Unpacked sempena IFA, di Berlin, Jerman, semalam.
Selain itu, Samsung Electronics turut memperkenalkan Galaxy Camera
yang dibangunkan bertujuan memberi satu pengalaman komunikasi cara baru
buat pengguna dalam perkongsian imej.
Presiden Divisyen IT & Komunikasi Mudahalih, JK Shin, berkata
kedua-dua produk generasi baru itu akan mula diperkenalkan ke dalam
pasaran menjelang Oktober depan.
Katanya, Galaxy Note II memiliki skrin lebih besar - HD Super Amoled
5.5 inci (140.9mm) di samping rekaan baru S Pen yang lebih tebal dan
panjang bagi memudahkan penulisan serta lakaran.
Menurutnya, Galaxy Camera pula menggunakan pelantar Android 4.1 yang
dipenggil Jelly Bean selain diselitkan ciri rangkaian tanpa wayar untuk
membolehkan perkongsian imej dilakukan dalam kadar segera.
"Kedua-dua produk inovasi baru ini dihasilkan berdasarkan kajian ke
atas tabiat pengguna yang berkeinginan menulis dan melukis tanpa
bergantung kepada papan kekunci," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan Galaxy Note II dan Galaxy
Camera di depan kira-kira dua ribu wartawan media cetak dan
elektronik, di stadium tertutup Tempodrom, Berlin.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment