Peta menunjukkan lokasi gedung
IKEA di seluruh dunia, di mana warna hijau menandakan gedung yang sedang
beroperasi dan warna biru gedung yang dicadangkan, setakat 2007
IKEA merupakan syarikat penjual perabot yang
terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada
160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim dari parap
nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd),
dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).
Syarikat ini mengedarkan
produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai
laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.
IKEA disebut /i'ke.a/ tetapi
di kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris ia disebut
/ai'kiːa/, sama seperti menyebut perkataan idea dalam bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment