Lim Goh Tong
merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia
dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak
RM421.60 bilion. Beliau merupakan Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang
yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun
2006 hingga beliau meninggal dunia.
Kumpulan
Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk
perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan
elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat
perjudian yang terbesar di asia.
Lim
memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300
bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta orang setahun. Beliau juga
memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran
ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia
Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak
membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.
Lim
datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai
tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya
sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina
genting semasa di cameron highlands
Anak
beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan
dan pengurusan Genting Berhad.
Tan
Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya
kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak
mereka bersama 19 cucu.
Seramai
20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong Jaya
dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial Park, Genting
Highlands pada 29 Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar
berkata Taman Tema dan Kasino ditutup
pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.
No comments:
Post a Comment